Tuesday 18 March 2014

Kenapa Allah Menguji Kita??

Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW:
Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian . Sesungguhnya Allah ’Azza wa jalla bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka. Barangsiapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah. (HR. Tirmidzi).

Seharusnya kita menjadikan ujian yang datang sebagai alternatif untuk mendekatkan diri kepada Allah yang Maha Memiliki semua jawapan atas setiap masalah hidup kita. Ujian yang datang membuktikan bahawa diri kita ini begitu lemah, sehingga kita memerlukan pertolongan Allah SWT. Ujian yang datang bukan kerana Allah benci kepada kita, tapi kerana Allah sayang kepada kita.

 Firman Allah SWT yang bermaksud:,
“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan darimu bebanmu? Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutanmu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu terdapat kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap”. (QS. Alam Nasyrah/94:1-8)

Melalui Ayat ini Allah SWT ingin mengingatkan kepada kita akan janjiNya bahawa sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, dan harus kita yakini bahawa Allah memiliki banyak pintu kemudahan agar kita dapat melalui setiap ujian yang datang, maka sudah seharusnya kita mengikutsertakan selalu hati yang bersih dan keyakinan yang menghujam di dalam dada kita akan dekatnya pertolongan Allah mana kala kita pun dekat denganNya. Jangan pernah ragu akan janji datangnya pertolongan Allah, Allah lah yang punya kuasa membalikkan keadaan, Allah lah yang memiliki kuasa menjadikan kita tersenyum bahagia selepas kita menangis, dan Allah lah yang memiliki kuasa atas setiap jawapan di setiap ujian yang kita hadapi, Jangankan Menenangkan ombak yang ganas, menenangkan air mata kita yang larut di pipi dan mengubahnya menjadi senyuman yang manis pun Allah sudah pasti sanggup. Maka untuk apa kita ragu, yakinlah ada kasih sayang Allah di balik ujian yang datang dan mulai saat ini, ketika ada ujian yang datang haruslah kita Hadapi, Hayati dan Nikmati. Kerana boleh jadi ujian yang Allah berikan kepada kita adalah sebuah undangan istimewa dari Allah agar kita dapat kembali dekat denganNya.

Sunday 16 March 2014

Hanya Pada Mu ku berserah Ya Allah..

Pagi –pagi lagi sudah dikejutkan oleh tangisan seorang ibu. Abangku dulunya menghidap penyakit kanser prostate kini kansernya telah merebak ke bahagian perut dan paru-paru. Setelah menjalani pembedah untuk membuat chemo port di bahagian sebelah jantungnya dia direhatkan selama lebih kurang  3 minggu kerana doctor ingin membuat perbincangan tentang ubat chemo yg perlu digunakan kerana ubat chemo yg sebelum ini tidak begitu berkesan keatas kanser abangku.Ibuku amat bimbang sekali akan keadaan abangku yg agak kritikal. Dia mengalami masalah pernafasan yang tidak lancar akibat daripada kanser di paru-paru nya.

Pagi itu jam lebih kurang jam 6.30 pagi ibuku menangis kerana bimbang melihat keadaan abangku itu.Dia meminta bapa  untuk meminta pertolongan di klinik wad kecemasan berkali-kali. Kemudian ayah  memarahi ibu,”kau ni dah kenapa??hah?jangan lah menangis depan anak tu dah tahu anaknya begitu,,lemah semangat budak tu nanti!kau nak buat suspens ni kenapa,bawa-bawa istighfar boleh tak,,?”marah si suami sambil memulas teliga isteri nya itu. Ibu menjawab dengan suara tangisannya,”bawa lah Aman tu pergi wad kecemasan bang,,isk isk.” “ Sabar lah..Bawa bersabar boleh tak,,Kalau dah ajal memang tak boleh nak elak!” Marah ayah dengan nada suara perlahan. Ayah terus keluar dengan kereta protonnya dan ibu terus menangis di dalam bilik.Ayah kuatkan hatinya agar tidak menangis kerana tidak mahu Aman lihatnya seperti sudah patah semangat.Kalau Aman lihatnya menangis juga sudah tentu Aman akan patah semangat.Maklumlah pesakit yang menghidap penyakit kanser perlu ada semangat untuk terus hidup untuk melawan penyakit nya itu. Aku pula memujuk ibu.”Mama ok ke,,?”berkata aku sambil mengusap kepala dan pipi ibuku.”Mama takpe pergi lah tengok-tengok kan Aman tu.”Jawab ibu.Aku pun ikut sahaja arahan ibu. “Aman ok tak?”bisikku kepada abang sambil melihatnya yang tidak tahu samada sedar atau tidak.”Istighfar banyak-banyak ye.Kuatkan semangat tu.”Lalu ibu keluar  ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Aku lihat sahaja keadaan abang Aman.”Suruh abang tu mengucap”beritahu ibu. Aku terkejut mendengarkan kata ibuku kerana setahu aku selalunya mengucap itu apabila orang yang sudah sampai ajal tetapi aku positifkan fikiranku ini dan percaya yang abang Aman akan cepat sembuh.

Setelah beberapa jam kemudian ayah pulang ke rumah,”sekejap lagi ambulans datang.” Ibu terus mengemas barang dan bekal untuk abang Aman masuk ke wad. Beberapa minit kemudian ambulans datang dan mengeluarkan katil roda dan bawa masuk kedalam rumah. Setelah selesai Aman dipindahkan ke katil roda itu dia dimasukkan ke dalam van ambulans. Mukanya pucat menahan kesakitan. Ibu juga turut masuk ke dalam van untuk menemani abang Aman ke hospital. Ayah pula mengikut van ambulans dengan keretanya. Perginya ambulans itu aku masih tahan rasa sedih ku. Hati ku menangis dalam hati. Masuk sahaja ke dalam bilik aku tidak dapat menahan lagi air mataku dan terus menangis. Dalam hatiku hanya berdoa,” Ya Allah kau sembuhkanlah abangku. Tidak sanggup lagi aku melihat dirinya menderita kesakitan. Kau ampunilah segala dosa nya sesungguhnya Engkau lah yang Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun. Hanya Engkau yang tahu sakit perit abangku dan ibuku Ya Allah.”

Wahai pembaca sekalian,saya mohon agar anda juga turut mendoakan pesakit kanser ini iaitu satu-satunya abang 'Aku'(dalam petikan). Beliau sudah 3 tahun menghidap sakit kanser ini dan sekarang berada di Hospital Raub sementara menunggu sesi chemo di HKL.Keadaan beliau agak kritikal kerana kanser beliau adalah stage 4 kritikal..Pelbagai ikhtiar telah keluarga 'Aku' cuba lakukan. Hanya doa kepada Yang Esa sahaja dapat menyembuhkan beliau sebelum ajal. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan beliau..

In Sya Allah..
P/S:Nama yang dinyatakan bukan nama betul...


Amalan Sunat Untuk Kebaikan Dunia Akhirat

Setelah beberapa bulan cuti selepas spm kini lagi beberapa hari lagi result spm akan diumumkan.Mesti pelajar-pelajar lepasan spm diluar sana merasa gementar dan pelbagai perasaan muncul dalam hati mereka.Kali ini saya ingin memberi sedikit tips kepada pelajar-pelajar islam diluar sana sementara menunggu lagi beberapa hari result akan dikeluarkan.

Seperti yang kita tahu amal ibadat lah yang dapat mendekatkan diri kita kepada Yang Esa.Oleh itu saya sarankan kepada pelajar-pelajar diluar sana mengamalkan solat sunat dhuha setiap kali waktu dhuha iaitu pada pukul10 pagi sehingga sebelum pukul12 tgh hari.Banyak fadhilat kita boleh dapat dengan mengamalkan dhuha.
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.Oleh itu tak salah kalau kita amalkan solat dhuha ini setiap hari kan.
Seterusnya buatlah solat hajat juga pada setiap malam selepas solat fardhu maghrib.Mintalah apa sahaja kepada Allah in sya Allah akan dimkabulkan.Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”

FADHILAT SOLAT HAJAT

  1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
Apa salahnya kita amalkan perkara sunat ini setiap hari untuk diri kita sendiri.Bukan sahaja untuk kecemerlangan result spm malah mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
In Sya Allah.. Wallahuaklam..

Fikir-fikirkan lah dan selamat beramal..

Tuesday 25 February 2014

Funny Memory

I never forget that moment when my mom teach me ride a motorcycle. It was my second time riding a motorcycle after a day I know how to ride it. My mom ask me to follow her throwing the garbage at the dump site. She said that I will ride the motorcycle and she will holding the garbage. At that time i was like “What?!”,, Me..,riding the motorcycle?? Oh no man,,haha how can seorang perempuan yang baru je belajar bawa motor nak bonceng mak dia,,?? Memang tak lah kan,,Jauh pula tu,,Aku pun bawa jelah dah alang-alang tu kita boleh belajar buat kali keduanya,,

When I ride that motorcycle I feel nervous. But nak buat macam mana aku terus jelah and then when I arrived at satu tempat ni kat depan tu ada bukit,,”Mama macam mana nak naik bukit ni?”Tukar la gear tu,tukar gear 3..”aku pun tukar jelah,,Thanks God that I pass the bukit..Then sampah yang aku nak buang tu selamat di buang.. But the problem is I can’t handle the ‘handle motor’ because that motor was very heavy to me,,”Mama macam mana nak belok ni,,??””Belok je lah pusingkan handle tu”Tapi masalahnya kalau aku belok,aku akan TERpulas sekali handle tu so laju lah jadinya kan,,Tak habis belok lagi dah terpulas and then terus menjunam ke dalam parit yang kebetulan ada kat depan tu.Jatuh la alamatnya haha..Mujur tak ramai yang nampak kita orang jatuh dalam parit tu but I am very very  very malu siot,,Skit pula tu sampai lebam kaki aku. Bila lah nak baik kaki ni…Nasib lah labuuuuuu… XD

So kat sini nak nasihat berhati-hati dijalan raya ketika memandu kereta atau menunggang motorsikal,,

Gambar hiasan