Sunday 16 March 2014

Amalan Sunat Untuk Kebaikan Dunia Akhirat

Setelah beberapa bulan cuti selepas spm kini lagi beberapa hari lagi result spm akan diumumkan.Mesti pelajar-pelajar lepasan spm diluar sana merasa gementar dan pelbagai perasaan muncul dalam hati mereka.Kali ini saya ingin memberi sedikit tips kepada pelajar-pelajar islam diluar sana sementara menunggu lagi beberapa hari result akan dikeluarkan.

Seperti yang kita tahu amal ibadat lah yang dapat mendekatkan diri kita kepada Yang Esa.Oleh itu saya sarankan kepada pelajar-pelajar diluar sana mengamalkan solat sunat dhuha setiap kali waktu dhuha iaitu pada pukul10 pagi sehingga sebelum pukul12 tgh hari.Banyak fadhilat kita boleh dapat dengan mengamalkan dhuha.
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.Oleh itu tak salah kalau kita amalkan solat dhuha ini setiap hari kan.
Seterusnya buatlah solat hajat juga pada setiap malam selepas solat fardhu maghrib.Mintalah apa sahaja kepada Allah in sya Allah akan dimkabulkan.Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”

FADHILAT SOLAT HAJAT

  1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
Apa salahnya kita amalkan perkara sunat ini setiap hari untuk diri kita sendiri.Bukan sahaja untuk kecemerlangan result spm malah mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
In Sya Allah.. Wallahuaklam..

Fikir-fikirkan lah dan selamat beramal..

No comments:

Post a Comment