Sunday 16 March 2014

Hanya Pada Mu ku berserah Ya Allah..

Pagi –pagi lagi sudah dikejutkan oleh tangisan seorang ibu. Abangku dulunya menghidap penyakit kanser prostate kini kansernya telah merebak ke bahagian perut dan paru-paru. Setelah menjalani pembedah untuk membuat chemo port di bahagian sebelah jantungnya dia direhatkan selama lebih kurang  3 minggu kerana doctor ingin membuat perbincangan tentang ubat chemo yg perlu digunakan kerana ubat chemo yg sebelum ini tidak begitu berkesan keatas kanser abangku.Ibuku amat bimbang sekali akan keadaan abangku yg agak kritikal. Dia mengalami masalah pernafasan yang tidak lancar akibat daripada kanser di paru-paru nya.

Pagi itu jam lebih kurang jam 6.30 pagi ibuku menangis kerana bimbang melihat keadaan abangku itu.Dia meminta bapa  untuk meminta pertolongan di klinik wad kecemasan berkali-kali. Kemudian ayah  memarahi ibu,”kau ni dah kenapa??hah?jangan lah menangis depan anak tu dah tahu anaknya begitu,,lemah semangat budak tu nanti!kau nak buat suspens ni kenapa,bawa-bawa istighfar boleh tak,,?”marah si suami sambil memulas teliga isteri nya itu. Ibu menjawab dengan suara tangisannya,”bawa lah Aman tu pergi wad kecemasan bang,,isk isk.” “ Sabar lah..Bawa bersabar boleh tak,,Kalau dah ajal memang tak boleh nak elak!” Marah ayah dengan nada suara perlahan. Ayah terus keluar dengan kereta protonnya dan ibu terus menangis di dalam bilik.Ayah kuatkan hatinya agar tidak menangis kerana tidak mahu Aman lihatnya seperti sudah patah semangat.Kalau Aman lihatnya menangis juga sudah tentu Aman akan patah semangat.Maklumlah pesakit yang menghidap penyakit kanser perlu ada semangat untuk terus hidup untuk melawan penyakit nya itu. Aku pula memujuk ibu.”Mama ok ke,,?”berkata aku sambil mengusap kepala dan pipi ibuku.”Mama takpe pergi lah tengok-tengok kan Aman tu.”Jawab ibu.Aku pun ikut sahaja arahan ibu. “Aman ok tak?”bisikku kepada abang sambil melihatnya yang tidak tahu samada sedar atau tidak.”Istighfar banyak-banyak ye.Kuatkan semangat tu.”Lalu ibu keluar  ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Aku lihat sahaja keadaan abang Aman.”Suruh abang tu mengucap”beritahu ibu. Aku terkejut mendengarkan kata ibuku kerana setahu aku selalunya mengucap itu apabila orang yang sudah sampai ajal tetapi aku positifkan fikiranku ini dan percaya yang abang Aman akan cepat sembuh.

Setelah beberapa jam kemudian ayah pulang ke rumah,”sekejap lagi ambulans datang.” Ibu terus mengemas barang dan bekal untuk abang Aman masuk ke wad. Beberapa minit kemudian ambulans datang dan mengeluarkan katil roda dan bawa masuk kedalam rumah. Setelah selesai Aman dipindahkan ke katil roda itu dia dimasukkan ke dalam van ambulans. Mukanya pucat menahan kesakitan. Ibu juga turut masuk ke dalam van untuk menemani abang Aman ke hospital. Ayah pula mengikut van ambulans dengan keretanya. Perginya ambulans itu aku masih tahan rasa sedih ku. Hati ku menangis dalam hati. Masuk sahaja ke dalam bilik aku tidak dapat menahan lagi air mataku dan terus menangis. Dalam hatiku hanya berdoa,” Ya Allah kau sembuhkanlah abangku. Tidak sanggup lagi aku melihat dirinya menderita kesakitan. Kau ampunilah segala dosa nya sesungguhnya Engkau lah yang Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun. Hanya Engkau yang tahu sakit perit abangku dan ibuku Ya Allah.”

Wahai pembaca sekalian,saya mohon agar anda juga turut mendoakan pesakit kanser ini iaitu satu-satunya abang 'Aku'(dalam petikan). Beliau sudah 3 tahun menghidap sakit kanser ini dan sekarang berada di Hospital Raub sementara menunggu sesi chemo di HKL.Keadaan beliau agak kritikal kerana kanser beliau adalah stage 4 kritikal..Pelbagai ikhtiar telah keluarga 'Aku' cuba lakukan. Hanya doa kepada Yang Esa sahaja dapat menyembuhkan beliau sebelum ajal. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan beliau..

In Sya Allah..
P/S:Nama yang dinyatakan bukan nama betul...


No comments:

Post a Comment